15
MS
sitrus, pisang, nenas, tembikai, buah markisah...). Keluarkan biji (dalam buah pic, aprikot, mangga...)
dan teras nenas yang keras.
Potong buah dan sayuran yang terlampau besar untuk dimasukkan ke dalam tiub suapan.
Jangan memasukkan biji buah, makanan yang amat keras (kiub ais, kiub gula), makanan yang amat
berserat, atau daging ke dalam mesin jus anda.
Letakkan satu jag (N) di bawah pancutan (l) dan jag yang lain (N) di bawah corong keluar sisa (K)
untuk mengumpulkan sari (gambarajah 8). Jangan lupa untuk mengosngkan mengosongkan jag
yang dibawah corong keluar sisa apabila ianya penuh.
Tekan butang Start/Stop (M) untuk menghidupkan peralatan, letakkan makanan ke dalam tiub
suapan (B) dan tolaknya ke bawah menggunakan penolak (A). Pastikan bahawa pancutan (l) berada
dalam kedudukan “Low” (aliran jus).
Buah dan sayuran mestilah hanya dimasukkan semasa motor sedang berfungsi.
Jangan menggunakan jari anda atau lain-lain perkakas dapur untuk menolak makanan melalui
pancutan.
Jangan menekan penolak terlampau kuat (A).
Sebaik sahaja ramuan telah melepasi, biarkan peralatan berjalan untuk beberapa saat lagi bagi men-
dapatkan jumlah jus yang maksimum.
Kami mengesyorkan agar anda tidak menggunakan peralatan secara berterusan melebihi dari
20 minit.
Selepas membuat jus anda, aktifkan sistem penghenti-titisan dengan menolak pancutan ke atas
sebelum menanggalkan jag untuk memberhentikan aliran jus.
Jika jus mengandungi buih, anda boleh memasang aksesori pengasing buih (O), di atas jag (N) yang
membolehkan anda menyaring buih semasa anda menuangkan jus ke dalam gelas (gambarajah 9).
Tip-tip praktikal apabila memilih ramuan:
- Pilih buah dan sayuran yang paling sesuai untuk dijadikan jus seperti oren, epal, pear, nenas, anggur,
tomato, lobak merah, saderi, timun, ubi bit.
- Adalah sukar untuk mengekstrak jus daripada beberapa jenis buah dan sayuran seperti pisang,
avokado, terung ungu dan buah ara.
- Apabila anda menekan buah yang kurang berjus (Seperti pisang) dan herba-herba beraroma,
selang selikan dengan buah-buahan atau sayuran lain yang berjus bagi memudahkan pengekstrakan.
Sentiasa tamatkan dengan buah atau sayuran berjus.
- Apabila anda menekan herba-herba berdaun panjang (seperti wheatgrass), potong daun tersebut
sepanjang 3 cm bagi mengelakkannya terbelit di sekeliling batang penekan. Tekan maksimum
hanya sebanyak 400 g herba pada satu-satu masa.
- Jika diluar musim, anda boleh menggunakan buah yang didingin beku. Biarkannya cair sepenuhnya
sebelum menekan. Anda juga boleh menggunakan buah dengan sirap (Laici, pic...).
Di antara 2 penyediaan
Cukup sekadar membilas peralatan tanpa menanggalkannya dengan mencurahkan air sedkikit demi
sedikit ke dalam corong suapan (B), dengan peralatan masih terpasang. Pastikan anda telah meletakkan
jag kosong di bawah corong keluar jus. Anda boleh membuat jus lain dengan segera selepas selesai
membuat satu jus!
Selepas penggunaan
Peralatan mesti dicuci segera selepas digunakan.
Pastikan peralatan telah dicabut palam.
Jangan sesekali merendam unit motor (L), kord tenaga atau palam dalam air atau sebarang Cecair lain.
Jangan memasukkan unit motor (L) ke dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Tanggalkan dan cuci semua bahagian yang boleh ditanggal: penapis (D-E) (jika perlu, gunakan berus
(P)), tali sisa (F) (tidak boleh dipisahkan daripada penapis tetapi boleh ditanggalkan untuk tujuan
MENCUCI